Selasa, 6 Oktober 2015

Kotak tetrapek

Kotak tetrapek. Tahukah anda apakah itu tetrapek? tetrapek adalah kotak minuman. tak kesah la kotak minuman milo ker, tea ker, susu ker atau apa-apa jer lah. semua tu adalah tetrapek.. kalau tak dapat bayangkan lagi apa itu tetrapek, anda boleh tengok seperti gambar dibawah.

OK! terus kepada point.. kitar semula kotak minuman. tahukah anda berapa harga untuk satu kg kotak tetrapek ini? harganya boleh mencecah RM 0.50/kg.. kita boleh tengok kotak nei di mana-mana jer kat tepi-tepi jalan bahkan di dalam tong sampah pon.. kotak nei kita boleh jumpa banyak kat kawasan-kawasan sekolah, al maklumlah air kotak nei banyak dipelopori oleh golongan kanak-kanak jadi kat mana lagi banyak kanak-kanak kalau bukan di sekolah kan?

Jadi apa lagi? jom kutip tetrapek sekarang. Adakah anda tahu, tetrapek juga memerlukan masa yang panjang untuk reput walaupun tidaklah selambat botol, tetapi ia juga mampu untuk mencemarkan pandangan kita. Anda tahu tak? bukan susah mana pun nak dapatkan sekilo tetrapek nei. bg penuh plastik kecil tu, boleh jadi dua kilo.. di dalam area selangor jer pon, dah banyak dah tempat yang tidak dapat dikawal rapi oleh pihak pentadbir, kita bukan nak salahkan kerajaan tapi saya nak kita belajar bagaimana untuk mencipta peluang dalam hidup.

Sebenarnya tak banyak sangat idea yang aku nk tulis tentang tetrapek nei, tapi satu jer aku nk bagi tau, tetrapek adalah salah satu sampah berharga.. ya! sampah berharga.. jadi kalau dah berharga tu tak kan nk biar jer kot? cepat2lah kutip.. ingat! ada syarikat besar yang buat tong sampah untuk kita asingkan bahan kitar semula.. sebenarnya itu serampang dua mata, selain untuk tujuan kebersihan, ia juga mempunyai tujuan ekonomi. Moral of story, kalau mereka boleh jadikan sampah sebagai salah satu punca pendapatan, kenapa tidak anda? jadikan sampah-sampah ini sebagai sumber pendapatan anda, insyaAllah dimana-mana bumi malaysia, disitulah ladang anda! ya, ladang sampah.. tp x kesah kan? asalkan dapat duit.. hehe

bagi yang tidak tahu apa itu tetrapek, boleh tengok gambar kat bawah..


Jadi apa lagi? jom yok kitar semula...

Sabtu, 3 Oktober 2015

Botol Plastik




Mungkin ramai yang tidak tahu, botol plastik merupakan salah satu daripada bahan kitar semula yang mempunyai nilai yang tinggi. Cuba kita tengok di bahu-bahu jalan, bertebaran botol-botol plastik yang berada di tepi jalan tu. Cuba kita spend satu hari atau kalau tidak pun satu malam (kalau malu sangat) untuk kutip semua botol-botol tu kat tepi jalan.Kemudia timbang pada keesokan harinya, berapakah jumlah yang anda akan perolehi.. Tapi ingat erh, kalau botol tu masih kembung angin kat dalam, kasi penyek dan letakkan dalam plastik, pusat kitar semula tidak memerlukan botol yang dalam keadaan baik, kalau terpenyek pon tak pa.. kenapa perlu penyek? untuk mengurangkan ruang laaaa.. hehehe (anda pon tahu kan)

Tahukah anda bahawa harga botol plastik ada tidak sama antara satu pusat kitar semua ke satu pusat kitar semula. Anggaran harga botol plastik yang dibeli oleh pusat-pusat kitar semula adalah antara RM 0.50 sehingga RM 0.90 /KG. Mahal kan?
Dan tahukah anda bahawa untuk mendapatkan 1 KG botol plastik, kita cuma memerlukan lebih kurang 60 biji botol plastik. Tak banyak kan kalau nak dibandingkan dengan jumlah botol-botol plastik yang ada kat tepi jalan tuh..

Oh ya, dalam duk sembang-sembang pasal nak jual botol-botol plastik nei, korang pernah ada angan-angan tak untuk kitar semula botol plastik nei untuk kegunan sendiri untuk dijadikan tempat letak pokok kecil ker, simpanan air ker, atau apa-apa jer la yang difikirkan sesuai untuk kegunaan daripada botol plastik.

OK! back to biznes. harga yang saya terangkan tu kalau kita hantar kat pusat-pusat kitar semula tau tak, cuba bayangkan berapa pusat kitar semula tuh hantar kat kilang. Tak kan harga yang diorang beli sama dengan harga diorang jual kat kilang, betol tak? sudah semestinya jauh lebih mahal kan? jadi apa lagi? pergi la cari kilang kitar semula... hehehe

ok, cukup lah kot bab duit, perlu ingat yah, kita selain dari unsur biznes, kitar semula nei juga dapat membantu negara kita supaya terus berada dalam keadaan bersih dan mengurangkan pusat pelupusan sampah sarap. Tahukah anda berapa lama masa yang diperlukan oleh botol plastik untuk lupus dan hilang daripada muka bumi nei? Botol plastik memerlukan masa sehingga 500 tahun untuk lupus sepenuhnya daripada muka bumi ini!, yah! 500 tahun.. lama kan? kalau kita buang botol plastik tu, ntah berapa generasi yang akan tengok botol yang kita buang tu?
APA!? bakar? tidakkah ia akan membantu dalam mencemarkan alam sekitar? bukankah itu boleh ditukar menjadi duit? jadi kenapa perlu bakar?
Tahukah anda berapa luas tempat pelupusan sampah? adakah kita nak bakar semua sampah-sampah tu kalau kita tahu semua tu kita boleh tukar kepada duit? ya, duit! itu bukan bermaksud kita mata duitan, tapi bak kata pepatah `rezeki jangan ditolak`. betol tak? jadi ?

JOM! KITAR SEMULA...