Sabtu, 3 Oktober 2015
Botol Plastik
Mungkin ramai yang tidak tahu, botol plastik merupakan salah satu daripada bahan kitar semula yang mempunyai nilai yang tinggi. Cuba kita tengok di bahu-bahu jalan, bertebaran botol-botol plastik yang berada di tepi jalan tu. Cuba kita spend satu hari atau kalau tidak pun satu malam (kalau malu sangat) untuk kutip semua botol-botol tu kat tepi jalan.Kemudia timbang pada keesokan harinya, berapakah jumlah yang anda akan perolehi.. Tapi ingat erh, kalau botol tu masih kembung angin kat dalam, kasi penyek dan letakkan dalam plastik, pusat kitar semula tidak memerlukan botol yang dalam keadaan baik, kalau terpenyek pon tak pa.. kenapa perlu penyek? untuk mengurangkan ruang laaaa.. hehehe (anda pon tahu kan)
Tahukah anda bahawa harga botol plastik ada tidak sama antara satu pusat kitar semua ke satu pusat kitar semula. Anggaran harga botol plastik yang dibeli oleh pusat-pusat kitar semula adalah antara RM 0.50 sehingga RM 0.90 /KG. Mahal kan?
Dan tahukah anda bahawa untuk mendapatkan 1 KG botol plastik, kita cuma memerlukan lebih kurang 60 biji botol plastik. Tak banyak kan kalau nak dibandingkan dengan jumlah botol-botol plastik yang ada kat tepi jalan tuh..
Oh ya, dalam duk sembang-sembang pasal nak jual botol-botol plastik nei, korang pernah ada angan-angan tak untuk kitar semula botol plastik nei untuk kegunan sendiri untuk dijadikan tempat letak pokok kecil ker, simpanan air ker, atau apa-apa jer la yang difikirkan sesuai untuk kegunaan daripada botol plastik.
OK! back to biznes. harga yang saya terangkan tu kalau kita hantar kat pusat-pusat kitar semula tau tak, cuba bayangkan berapa pusat kitar semula tuh hantar kat kilang. Tak kan harga yang diorang beli sama dengan harga diorang jual kat kilang, betol tak? sudah semestinya jauh lebih mahal kan? jadi apa lagi? pergi la cari kilang kitar semula... hehehe
ok, cukup lah kot bab duit, perlu ingat yah, kita selain dari unsur biznes, kitar semula nei juga dapat membantu negara kita supaya terus berada dalam keadaan bersih dan mengurangkan pusat pelupusan sampah sarap. Tahukah anda berapa lama masa yang diperlukan oleh botol plastik untuk lupus dan hilang daripada muka bumi nei? Botol plastik memerlukan masa sehingga 500 tahun untuk lupus sepenuhnya daripada muka bumi ini!, yah! 500 tahun.. lama kan? kalau kita buang botol plastik tu, ntah berapa generasi yang akan tengok botol yang kita buang tu?
APA!? bakar? tidakkah ia akan membantu dalam mencemarkan alam sekitar? bukankah itu boleh ditukar menjadi duit? jadi kenapa perlu bakar?
Tahukah anda berapa luas tempat pelupusan sampah? adakah kita nak bakar semua sampah-sampah tu kalau kita tahu semua tu kita boleh tukar kepada duit? ya, duit! itu bukan bermaksud kita mata duitan, tapi bak kata pepatah `rezeki jangan ditolak`. betol tak? jadi ?
JOM! KITAR SEMULA...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan